BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 6, 2011

Bergembiralah Wahai Orang Yang Ditimpa Musibah

Assalamualaikum semua..Sesungguhnya cubaan, musibah dan segala hal yang menyedihkan merupakan tanda kehidupan didunia. Tiada hari yang dilalui tanpa berlaku sesuatu yang meresahkan manusia dan menyusahkan hidupnya. Seperti dalam sajak:


Dirimu diciptakan dalam keadaan sedih, sedangkan engkau
menghendaki dirimu
Bahagia dari kesedihan dan duka cita.

Orang yang berakal itu orang yang menyesuaikan dirinya dengan ridha dan pasrah pada takdir. Kerana duka cita, rasa geram dan protes tidak akan menubah masalah sedikit pun, malah semakin menambahkan penderitaan dan membuat Allah S.W.T. murka, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

"Sesungguhnya kuantiti pahala terletak pada kualiti cubaan. Sesiapa yang rela maka ia mendapat ridha (dari Allah) dan sesiapa yang kecewa maka ia mendapat murka
(dari Allah)." (Riwayat Tirmizi dan beliau menilainya hasan)

Kadang-kadang cubaan ini merupakan hasrat manusia akan kebaikkanm sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

"Sesiapa yang dihendakinya oleh Allah mendapat kebaikkan, maka ia memperolehnya."
(Riwayat Bukhari)

Dan baginda bersabda:
"Apabila Allah menhendakinya suatu kebaikkan pada hamba-Nya, maka ia mempercepat
cubaan baginya didunia." (Riwayat Tirmizi, dan beliau menilai hadis ini hasan)

Jadi, mengapa anda mesti risau -saudaraku tercinta- dari kebaikan yang datang pada anda? Dan kenapa anda mesti bersedih sedangkan ganjaran pahala memanggil anda? Penyair berkata:

Kadang-kadang Tuhan memberi anugerah dalam bentuk cubaan meskipun berat
Dan kadang Ia menguji sebahagian kaum dengan anugerah..

0 comments: