BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 7, 2011

Renungilah

:: Pejuang Sejati ::

Kalau sudah ada bara perjuangan di dalam diri dan jiwa seseorang, dia tetap terus akan berjuang walaupun di mana ia berada, Dia akan terus nekad dengan perjuangannya bagaimana susah dan payah sekalipun seorang pejuang sejati tidak akan mudah putus akal dan merasa lemah terhadap apa juga tindakan dan halangan ke atasnya.

Pejuang sejati akan sanggup dan rela merempuh segala cabaran onak duri yang datang melanda. Rasa takut, gentar dan kecut perut tidak ada pada kamus hidup seorang pejuang.Selagi darah masih mengalir, selagi nadi masih berdenyut, perjuangan perlu diteruskan. ‘Biar terbuang tetap Berjuang’, ungkapan yang wajib tersemat pada hati seorang perjuang tulen. Tidak mudah tunduk pada cabaran, halangan dan tekanan. Bagi pejuang sejati cabaran, halangan dan tekanan adalah asam garam dalam perjuangan yang mesti dirasa oleh setiap pejuang. Ia juga adalah umpama baja yang akanmenyuburhijaukan jiwa perjuangannya dan jugamemarakkan julangan nyalaan api perjuangan dan juga sebagai mangkin positif dalam segala tindakan yang bakal diambil kelak.

Apa lagi kalau pejuang itu memperjuangkan yang haq, menegakkan keadilan dan menentang kebatilan dan kemungkaran, dia akan disokong dan didokong oleh pencinta-pencinta keadilan dan keamanan. Perjuangan yang sebegitu rupa tidak perlu dibayar dengan wang ringgit atau janji-janji projek mega yang menebalkan poket sesetengah golongan yang turut mendakwa diri mereka juga sebagai ‘pejuang sejati’ walhal mereka sendiri sedar perkataan sebegitu mulia tidaklah layak untuk mereka yang bersifat haloba seperti binatang.

Perjuangan adalah suatu roh yang amat kudus dan suci serta fitrah manusia itu sendiri sekiranya dia tahu dan mengerti tujuan manusia itu sendiri dijadikan. Dan orang yang mengerakkan perjuangan itu yakni seorang ‘mujahid’ akan berani dan rela berkorban apa saja: harta, wang, pangkat dan kedudukan, masa, tenaga hatta nyawanya sekali pun. Bukan mati yang dia takuti tetapi yang ditakuti mereka adalah terkena penyakit wa’han dan tidak syahid di jalan Allah.Sememangnyamati dalam perjuangan itulah menjadi matlamat tertingginya.

*~guerilla_finga85~*

MUJAHID SAVE GAZA

Mujahid Jihad Fisabilillah

0 comments: